WARKAH USTAZ RASUL DAHRI



اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ ، وَنَسْتَعِيْنُهُ ، وَنَسْتَغْفِرُهُ ، مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا ، وَسَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . قَالَ اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى : يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تُمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ يَااَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَازَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَارِجَالاً كَثِيْرًاوَنِسَآءً ا وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوَا اتَّقُوْا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا.

Mengapakah masyarakat Islam di seluruh dunia kini dihinggapi penyakit pada akidah, ibadah, akhlak serta berbagai-bagai penyakit lain, sama ada disegi sosial, siasah, budaya dan yang lainnya sehingga ada yang amat kronik? Masalah bid’ah, syirik, khurafat, tahayul dan pelbagai krisis keyakinan juga sudah berpanjangan sehingga tidak kurang seriusnya. Di samping itu mereka ditimpa penghinaan, penindasan, penderitaan dan kerosakan sosiobudaya yang memalukan. Ke mana dan di manakah para ulama sebagai golongan terhormat, bagaimana mereka berperanan menangani semua persoalan berat ini dan mengapa mereka tidak berfungsi? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan jika para ulama menjadi syaitan bisu dan tuli?

Memang tiada daya yang dapat memulihkan berbagai-bagai penyakit tersebut kecuali kuasa yang paling agung iaitu kuasa Allah sebagai Rabbul ‘Alamin kerana Dia Yang Mahapencipta, Mahapengatur dan Yang Mahaberkuasa. Namun Allah Azza wa-Jalla tidak akan menolong sesiapapun dari hambaNya jika hamba tersebut tidak menolongNya. Sebagaimana Allah berfirman: Lanjutkan membaca

Iklan

30 – PRINSIP DAKWAH PARA SALAF AS-SOLEH


PRINSIP DAKWAH PARA SALAF AS-SOLEH

Sesungguhnya para Nabi dan para Rasul memulakan dan menyebukkan diri mereka dengan mengajak manusia kepada tauhid. Menyeru mereka untuk beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan semua jenis bid’ah dan kesyirikan. Allah berfirman:

وَمَا اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَّسُوْلٍ اِلاَّ نُوْحِيْ اِلَيْهِ اَنَّهُ لاَاِلَهَ اِلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِيْ.

“Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku maka sembahlah olehmu akan Aku”.[1]

Para Nabi dan para Rasul sentiasa menyebukkan diri mereka untuk mengenalkan umat tentang nama-nama, sifat-sifat serta kekuasaan Allah. Mereka berusaha supaya manusia menuju ke jalan tauhid yang sebenar iaitu hanya menyembah Allah, supaya sekalian manusia tahu bahawa mereka dijadikan adalah untuk beribadah hanya kepada Allah Azza wa-Jalla semata yang tidak boleh disekutukan dengan makhlukNya. Allah berfirman: Lanjutkan membaca

29 – BAHAYANYA AHLI BIDA’AH


BAHAYANYA AHLI BID’AH

Para ulama Salaf as-Soleh sentiasa menasihati dan mengingatkan agar orang-orang yang beriman menjauhi Ahli bid’ah. Para a’immah (imam-imam) Salaf as-Soleh seperti para sahabat terutamanya Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, Ibnu Masoud, Abi Musa al-Asy’ari, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Aisyah, Asma binti Abi Bakr dan selain mereka. Kemudian selepas mereka seperti Abul ‘Aliyah, Ibnu Sirin, Ibnu Musaiyib, ‘Ata, Mujahid, Hasan al-Basri, Umar bin Abdulaziz, Auzaii, Ayub as-Sakhtiani, Thabin al-Banani, Ibnu ‘Aun, Ibrahim bin Adham, Ibnul Mubarak, Malik, Abi Hanifah, Syafie, Az-Zuhri, As-Syabii dan selain mereka. Diikuti juga oleh Imam Ibnu Taimiyah serta anak muridnya yang semua mereka telah mengharamkan orang-orang beriman dari mempercayai Ahli Bid’ah, memujinya, menyanjungnya dan diharamkan dari bermajlis dengan mereka kerana ada sebuah athar yang mereka gigit dan pegang dengan kuat:

مَنْ جَلَسَ صَاحِبَ بِدْعَةٍ نُزِعَت مِنْهُ الْعِصْمَة ، وَوُكِّلَ اِلَى نَفْسِهِ ، وَمَنْ مَشَى اِلَى صَاحِبِ بِدْعَةٍ مَشَى اِلَى هَدْمِ اْلاِسْلاَمِ.
“Barangsiapa yang bermajlis dengan ahli bid’ah, tercabut dari dirinya keamanan dan diserahkan pada dirinya sendiri dan barangsiapa yang berjalan menemani ahli bid’ah bererti berjalan untuk menghancurkan Islam”.[1]
لَيْسَ فِى الدُّنْيَا مُبْتَدِعٌ اِلاَّ وَهُوَ يَبْغَضُ اَهْلَ الْحَدِيْثِ ، فَاِذَا ابْتَدَعَ الرَّجُلُ نَزَعَ حَلاَوَةَ الْحَدِيْثِ مِنْ قَلْبِهِ.
“Tiada di dunia seorang pelaku bid’ah kecuali membenci Ahli Hadis maka apabila seorang lelaki melakukan bid’ah (dengan membenci Ahli Hadis), dicabut kemanisan hadis dari hatinya”.[2]

————————————————————————-

[1] . Lihat: Al-I’tisam. 1/107. Asy-Syatibi.

[2]. Lihat: شرف اصحاب الحديث Ini adalah perkataan al-Hafiz Ahmad bin Sanan al-Qattan Abu Ja’far al-Wasiti. Dia seorang Ahli Hadis, melahirkan pakar hadis yang enam orang kecuali at-Turmizi. Wafat pada tahun 258H.

28 – SUNNAH LAWANNYA BID’AH


SUNNAH LAWANNYA BID’AH

Pencinta bid’ah (مُبْتَدِعٌ) tidak dinamakan Ahli Sunnah kerana sunnah berlawanan dengan bid’ah. Ahli Sunnah sentiasa menjauhi perbuatan bid’ah. Syeikh Abdul Rahman As-Su’di berkata:

فَاَهْلُ السُّنَّةِ السَّالِمُوْنَ مِنَ الْبِدْعَةِ الَّذِيْنَ تَمَسَّكُوْابِمَاكَانَ عَلَيْهِ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاَصْحَابه فِى اْلاُصُوْلِ كُلِّهَا

“Ahli Sunnah ialah mereka yang menyelamatkan diri mereka dari bid’ah, mereka benar-benar bepegang dengan apa yang ada (dicontohkan) pada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat dalam keseluruhan perkara pokok”.[1]

تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا لَنْ تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ ، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan sunnah RasulNya”.[2] Lanjutkan membaca

27 – PENGERTIAN AL-JAMAAH


PENGERTIAN AL-JAMAAH

Al-Jamaah sebagai yang warid menurut pengistilahan Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: Makna Jamaah di segi bahasa: Dari kata جمع. Dikatakan: جمع المتفرقة “Menyatukan yang berpecah-belah”. Dan الجماعة ضد الفرقة “Jamaah lawannya berpecah-belah”.[1]

Lafaz jamaah terdapat di beberapa hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

يَدُ الله مَعَ الْجَمَاعَة

“Tangan Allah bersama Jamaah”.[2]

كُلُّهَا فِى النَّارِ اِلاَّ الْجَمَاعَة

“Semuanya di neraka kecuali satu iaitu jamaah”.[3]

كُلُّهَا فِى النَّار اِلاَّ وَاحِدَة وَهِيَ الْجَمَاعَة.

“Semuanya di neraka kecuali satu iaitu al-Jamaah”.[4]

Al-Jamaah juga secara bahasa diambil dari kalimah (الجمع) al-Jam’u iaitu:

Pertama: Al-Jamaah bermaksud:

(1). Mengumpulkan atau menyatu-padukan yang berpecah-belah (bercerai-berai).[5] Lanjutkan membaca

26 – PENGERTIAN SUNNAH


PENGERTIAN SUNNAH

1. Menurut istilah, kalimah sunnah ialah berasal dari: “Sanna – سَنَّ”.[1] Sunnah menurut bahasa ialah: At-Tariqah (الطريقة) “Jalan atau cara” [2]
Disebut juga سُنُنه : نَهجه – سُننه – سِننه iaitu manhajnya.[3] Atau sunnah bermaksud sirah (السيرة) “Sirah”.[4]
Disebut dalam kamus “Lisanul Arab” sebagai berikut:

اَلسُّنَّةُ هِيَ الطَّرِيْقَهُ ، مَحْمُوْدَةٌ كَانَتْ اَمْ مَذْمُوْمَةٌ.

“As-Sunnah: Jalan, sama ada yang terpuji (baik) atau yang keji (buruk)”.[5]

2. Sunnah menurut syara:

“Apa yang diambil (diterima, dinukil, dipindah dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda tentang akidah dan amal”. [6] Atau: “Cara (jalan) yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang dibina (diambil) dari kitab Allah Ta’ala (al-Quran), sunnah RasulNya dan jalan yang ditempuh oleh para sahabat sekalian yang telah diijmakkan oleh mereka”.[7] Lanjutkan membaca

25 – AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH


AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH
Pengistilahan atau laqab “Ahli Sunnah wal-Jamaah” bermula pada akhir zaman sahabat. Ada yang menyatakan ia bermula apabila timbulnya zaman fitnah terutama fitnah yang berlaku antara Ali dan Mu’awiyah radiallahu ‘anhuma. Dimana setelah munculnya golongan ahli bid’ah seperti Khawarij, Rafidhah[1] atau Syiah,[2] Jahmiyah,[3] Qadariyah dan sebagainya, yang mana mereka terkenal dengan bid’ah-bid’ahnya dan banyak perselisihannya dalam persoalan hadis dan makna-makna al-Quran. Untuk membezakan antara golongan yang sunnah dan bid’ah maka para ulama hadis menentukan siapa Ahli Sunnah dan siapa Ahli Bid’ah agar mudah dan hanya diambil sanad atau matan sesebuah hadis dari Ahli Sunnah wal-Jamaah sahaja.

Berkata Ibn Hazam rahimahullah:

“Ahli Sunnah yang kami nyatakan, mereka adalah Ahli Hak dan selain mereka adalah Ahli Bid’ah. (Ahli Hak) adalah para sahabat radiallahu ‘anhum serta sesiapa yang mengikut jalan mereka, terutamanya para tabi’in rahmatullah ‘alaihim. Kemudian Ashabul Hadis dan sesiapa yang mengikut mereka dari kalangan fukaha (Ahli Fikah) dari satu generasi ke satu generasi berikutnya sehinggalah ke hari ini. Begitu juga sesiapa yang mencontohi mereka dari kalangan orang-orang awam sama ada di timur atau di barat”.[4]

Imam Ahmad rahimahullah berkata:

اَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ : مَنْ يَعْتَقِدُ مَذْهَب اَهْلَ الْحَدِيْثِ.
“Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah: Sesiapa sahaja yang berpegang dengan mazhab Ahli Hadis”.[5] Lanjutkan membaca