61 – Kenalilah Ciri-Ciri Ikhwanul Muslimin


Khawarij, antara yang serupa dengannya ialah Ikhwanul Muslimin. Mereka tidak boleh digolongkan sebagai Ahli Sunnah, kerana tidak berpegang kepada prinsip Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenarnya, begitulah yang disepakati oleh para ulama Salaf as-Soleh tentang akidah dan manhaj Khawarij yang menyeleweng.

Khawarij dikenali sebagai golongan yang tidak mahu mentaati pemerintah Islam, keluar dari pemerintah untuk memberontak terhadap pemimpin, mahir dalam memecah-belahkan jamaah dan sentiasa mengecohkan ajaran agama.[1] Perbuatan mereka yang sering membuat tengkarah dan karenah terhadap pemerintah dan pemimpin Islam amat bertentangan dengan firman Allah ‘Azza wa-Jalla. Mereka melanggar wasiat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang suruhan agar tetap patuh kepada Allah ‘Azza wa-Jalla dan Ulil Amri (pemerintah Islam) selagi Ulil Amri tidak memerintah kepada melakukan maksiat dan kesyirikan.

Allah ‘Azza wa-Jalla telah mewajibkan seluruh hambaNya yang beriman dengan firmanNya agar setiasa taat dan setia terhadap pemerintah (pemimpin) atau penguasa setelah mereka mentaati Allah dan RasulNya:

اَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَاُوْلِي اْلاَمْرِ مِنْكُمْ.
“Taatilah Allah, taatilah RasulNya dan Ulil Amri antara kamu”.[2]

Allah Jalla wa-A’la memasukkan perkara taat kepada pemerintah sebagai sebahagian dari agama.[3] Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak memperbolehkan setiap orang yang beriman dari melakukan pemberontakan terhadap pemerintah selagi pemerintah mendirikan solat, mempertahankannya atau mengaku sebagai seorang Islam sebagaimana sabda baginda:

لاَ ، مَا اَقَامُوْا فِيْكُمْ الصَّلاَةَ

“Tidak (tidak boleh memberontak terhadap penguasa/ pemerintah Islam atau pemimpin) selama mereka masih mendirikan solat di tengah-tengah kamu”.[4]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjadikan mendengar dan taat kepada penguasa, pemerintah atau pemimpin sebagai sebahagian dari kewajipan agama Islam. Baginda bersabda:

اُصِيْكُمْ بِتَقْوَ ى اللهِ وَالسَّمْع وَالطَّاعَةِ ، وَاِنْ تَاَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ ، فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا.

“Aku wasiatkan kepada kamu untuk bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat walaupun yang memerintah kamu adalah seorang hamba. Maka sesiapa yang masih hidup maka dia akan melihat perselisihan yang banyak”.

Khawarij pula mengajak orang yang beragama agar keluar dari jamaah (pemerintah) dan sentiasa menegaskan dengan slogan mereka yang mungkar, iaitu: “Tidak (kami tidak akan mentaati pemerintah kerana) kami adalah orang-orang merdeka! – yang dimaksudkan orang-orang yang merdeka ialah orang-orang yang keluar dari jamaah (menentang pemerintah)”.

Beginilah antara muqaddimah revolusi yang Khawarij lakukan pada masa dahulu dan hari ini kepada orang Islam yang di luar kelompok mereka dan terhadap pemerintah yang tidak memenuhi kehendak hawa nafsu mereka..

Telah termaktub di dalam sirah dan sejarah Islam, di mana sahaja ada Khawarij maka di situ akan berlaku perpecahan di kalangan Jamaah Muslimin, kerana Khawarij suka mematahkan tongkat ketaatan rakyat terhadap pemerintah Islam, memutuskan tali silaturrahim, meruntuhkan perpaduan dan bermaksiat kepada Allah serta RasulNya.

Antara fahaman dan pendapat Khawarij yang paling mungkar ialah: “Sesiapa yang melakukan dosa besar (seperti tidak berhukum dengan hukum Allah, mencuri, berzina, makan riba dan dosa-dosa besar yang lain), maka mereka dihukum sebagai kafir yang mutlak”.

Menurut ajaran Khawarij setiap pelaku dosa besar terutamanya yang tidak mahu berhukum dengan hukum Allah adalah kafir berdasarkan slogan mereka yang seterusnya:

“Pelaku dosa besar itu adalah kafir dan tidak akan diampuni dosanya serta kekal di dalam neraka”.[5]

Melalui slogan dan diayah yang batil inilah juga mereka mencipta Tauhid Hakimiyah, iaitu doktrim dan ideologi yang menerapkan bahawa sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah adalah berdosar besar yang membawa kepada kekafiran mutlak seperti kafirnya Yahudi, Nasrani dan Majusi, kekal di dalam neraka buat selama-lamanya sebagaimana orang yang batal tauhidnya (akidahnya) orang-orang yang syirik. Inilah fahaman Khawarij yang diperjuangkan oleh golongan Ikhwanul Muslimin, Hizbut Tahrir dan orang-orang yang sefahaman dengan mereka sehingga kesaat ini. Awas fahaman ini adalah fahaman yang benar-banar batil dan bid’ah!

[1] . Lihat: Membongkar Firqah-Firqah Sesat. Hlm 45 Syeikh Soleh bin
Fauzan al-Fauzan. Pustaka as-Salaf. Muharram 1420H/ Mei, 1999M
[2] . an-Nisaa’, 59.
[3] . Ibid. Hlm. 47.
[4] . H/R Muslim (1855).
[5] . Lihat: Membongkar Firqah-Firqah Sesat. Hlm. 48. Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan. Cetakan pertama Muharram 1420H/Mei 1999M. Pustaka as-Salaf. Kartasura, Solo. Indonesia.

About these ads