19 – Safar al-Hawali & Salman al-‘Audah


Dr. Safar al-Hawali dan Dr. Salman al-‘Audah adalah dua tokoh Ikhwanul Muslimin kelahiran Arab Saudi. Mereka telah ditahzir oleh para ulama terutama tentang tulisan mereka yang menyalahi Manhaj Salaf as-Soleh. Apabila Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nasruddin al-Albani rahimahullah ditanya tentang buku tulisan Dr. Safar al-Hawali, “Zahiratul Irjai fil Fikril Islami”. Maka beliau menjawab:

“Tercetus dibenakku untuk menyatakan bahawa (Safar al-Hawali) serta mereka yang bersamanya bertindak melakukan penentangan yang menyalahi manhaj Salaf serta cara berfikir para Salaf. Oleh itu, lahir dari pandanganku untuk menggelar mereka dengan Kharijiyatun ‘Asriyah (Khawarij Gaya Baru). Sekarang ini setelah aku membaca beberapa persoalan mengenainya, maka jawapannya yang pasti bahawa mereka telah menempuh cara berfikir firqah Khawarij dalam mengkafirkan (umat Islam) yang melakukan sesuatu dosa besar. Perkara ini mungkin disebabkan kebodohan mereka atau sebuah bentuk penipuan yang mereka lancarkan”.

Syeikh Abdul Aziz bin Bazz rahimahullah, Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi serta Ketua Haiah Kibaril Ulama dan Idaratil Buhusil Ilmiyah wal-Ifta’ Arab Saudi, telah mengeluarkan fatwanya melalui Lembaga Fatwa pada tarikh 3/4/1414H. No. 11/951. Lampiran 18/ Salinan.

“Lembaga Fatwa menetapkan (Safar al-Hawali dan Salman al-‘Audah) telah melakukan beberapa kesalahan yang telah diajukan kepada pemerintah. Lajnah yang dibentuk oleh pemerintah yang dianggotai oleh dua orang ulama yang dipilih oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Umum, maka jika keduanya mengakui kesalahannya dan bertekad untuk tidak mengulangi kesalahan mereka, alhamdulillah itu sudah memadai, tetapi jika keduanya tidak mengindahkannya, keduanya dilarang memberi ceramah, kajian intensif, khutbah dan menerbitkan keset demi melindungi masyarakat dari terkesan dengan kesalahan-kesalahan mereka. Semoga Allah memberi hidayah kepada keduanya dan menunjuki jalan yang lurus”.

Seorang pakar hadis dari Yaman, Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’i ditanya tentang keputasan Majlis Fatwa yang berkaitan dengan kesalahan Safar al-Hawali dan Salman al-‘Audah, beliau berkata:

“Saya telah menasihati Salman dua atau tiga kali. Saya berpendirian bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Haiah Kibaril Ulama adalah suatu kebenaran dalam rangka melindungi masyarakat dari huru-hara dan fitnah. Tidak ditemui suatu daerah pun – sepengetahuan saya- dipenuhi dengan keamanan dan ketenteraman seperti bumi al-Haramain (Mekah dan Madinah). Saya menasihati keduanya (Salman dan Safar) supaya rujuk dan bertaubat kepada Allah”.

Bagaimana pandangan Mohd. Asri bin Zainal Abidin (salah seorang penulis buku Islam Liberal) berkenaan fatwa kibarul ulama tentang kesalahan Salman Audah dan Safar Hawali? Apakah komen beliau tentang nasihat Syeikh Muqbil kepada Salman dan Safar Hawali agar kedua rujuk dan bertaubat kepada Allah?

Apakah keputusan fatwa dari para ulama di Lembaga Fatwa Arab Saudi pada 3/4/1414H dan nasihat Syeikh Muqbil itu melampau sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepada saya (Rasul bin Dahri) penulis Muwazanah?

Apakah para ulama Arab Saudi juga melampau kerana bertindak terhadap Salman dan Safar Hawali yang bertujuan demi melindungi masyarakat dari terkesan dengan kesalahan-kesalahan mereka? Apakah para pemimpin pemerintahan Arab Saudi ghulu kepada ulama mereka apabila memenjarakan Salman dan Safar Hawali? Hanya orang yang ghulu kepada Ikhwanul Muslimin dan bertaqlid buta serta taksub (fanatik) kepada Yusuf al-Qaradhawi sahaja yang berfikiran demikian. Dan apakah gelaran “Khawarijiyatun ‘Asriyah” atau Khawarij Gaya Baru yang diberikan oleh Syeikh al-Albani rahimahullah kepada Salman dan Safar al-Hawali dianggap sebagai melampau? Berfikirlah dan gunakanlah otak sebelum melemparkan kata-kata. Bak kata orang: “Biar hodoh jangan bodoh”.

About these ads